Photobucket
Photobucket
Photobucket



Natalie Imbruglia - Torn Mp3

Wednesday, January 22, 2014
2013

Assalamualaikum ! fuih, lamanya tak gunakan blog ni.. Langsung takde masa masa SPM tahun lepas.. And today. dah hari ke-22 dah untuk tahun ke 2014.. Tahun lepas langsung takde masa untuk diluangkan untuk mengepos di blog ... habiskan masa dengan tusyien , kelas tambahan , merewang dan TV, muehehe...

So now , sedang menghintung hari untuk bergelar 18.. Sudah .. macam tak menyangka aku dah habis sekolah... Alhamdulillah , family aku semua masih ada lagi di samping aku , tahun lepas banyak sangat mende yang berlaku... rasa sedih pun ada , gembira pun ada... aihh, semua bercampur.. throwback je lah yek..

tahun lepas ada lah banjir yang agak teruk melanda dunia ... tidak terkecuali juga , sg isap yang tercinta.. nak dekat 5 tahun stay situ... lepas kes banjir yang sangat meragut jiwa dan ragaku , keluarga aku telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Indera Mahkota.. Thanks to company ayah aku. CRYOVAC . Banyak muncul memberi bantuan kepada keluarga aku... Serta rakan-rakan ayah aku... Pertama kali rasa macam mana life orang susah yang merempat takde tempat bergantung... Nak tengok gambar ? ni , ada sikit..





Sedikit sebanyak bukti kukuh banjir yang melanda.... Sebelum banjir tu kan, Keluaga aku telah menimpa berita duka atas diri ayah aku... Die jatuh dari syiling... Agak terkejut jugak aku masa tu... Pagi harinya yang terjadi , aku bergegas pergi kelas Kej.Awam dan kelas LK.. Aku  terima call dari akak aku yang die cakap ayah aku jatuh syiling , terhenti nafas aku masa tu .. Padahal paginya itu okay je... Hati aku agak kacau bilau masa tu memandangkan pada hari first ayah aku jatuh syiling , esoknye banjir besar berlaku di kuantan... Sedangkan pada masa tu aku sedang menduduki peperiksaan SPM.. ahhh , paper yang aku kejar selama ni , (kejuruteraan awam) akhir sekali aku  jawab ala kadar je.. apa yang terbuku dalam otak aku je.. memandangkan umah aku dah banjir , nota-nota semua dah tenggelam... Ha.... sedih sangat... Masa hari first banjir tu , aku exam paper awam 2. masa tu aku kene pegi ke pusat pemindahan kat #BRASS . Masa tu tahu , air dah paras pinggang aku dah... redah jugakkk lahhh macam orang ape tah...



Ha, banjir dah , jatuh syiling dah.. kenangan duka yang aku alami banyak sangat pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan , lepas habis sekolah , banyak pengalaman yang makin mematangkan aku... Penipuan dunia terhadap mata kita, ekonomi , dan segalanya... Aku semakin agak terbukak mata untuk mencari apakah sebenarnya maksud semua ini... Nak tahu ? diary aku banyaknye habis hanyut... dan , diary aku yang latest entah kemana... Banyak sangat lukisan yang special ada dalam tu... Sedih sangat... Sebenarnye aku memang dah lama nak berhasrat nak bakar diary aku , tapi takde masa... tinggal beberapa je lagi yang masih selamat dan aku cuba keringkan... diary lama aku , aku dah buang masa haritu.. aku rasa kenangan lama tu dah tak perlu bersarang dalam minda aku...


Lepas habis SPM , aku dah lama rancang trip nak pegi gambang... 3 hari 2 malam dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.. Tambahan sekolah teknik sangat banyak dapat tiket gambang murah tau ! :D best tau , even tak lah banyak duit, tapi at least dapat jugak release kepenatan , tekanan yang dihadapi... Rasa macam cool pun ada jugak .. Sebab tu adalah event pertama yang dibuat oleh diri aku sendiri... Nasib baik dibantu oleh emakku yang tercinta.. Kalau takde die , terkapai kapai aku nak buat sengsorang... Thanks mak !
 Yang ni, #Night Batch 96... Dinner yang dibuat oleh budak kelas aku untuk 1 batch form 5 tahun 2013.. Teknik kuantann.... Walaupun event ni tak lah best mana , banyak yang kalut , tapi sokay lah , sekurang-kurang nye die berani ambik risiko tinggi untuk buat jamuan yang besar ni.. Yelah nak kawal 1 orang pun tak boleh apetah lagi nak kawal ratusan orang , tambah-tambah remaja yang baru nak membangun.. Masing-masing nakal dan nak buat kepala sendiri... Ada banyak gambar sebenarnye...

 Kenangan 2013.. Banyak yang berlaku... Hmm.. yang paling agak ralat sekali Baby ku dah pun mati lemas dalam sangkar masa banjir haritu... Sedih sangat.. Takpelah , dah ajal die kan.. reda jelah...
 That all... Nanti aku sambung lagi... Rasa nya tu je kot event yang berlaku masa 2013... Okay, good luck elida , you can be the best !


Tuesday, June 11, 2013
ELIDA IZWIN

Hai ^.^ Tak tahu lah kenapa harini rasa berkobar-kobar sangat rasa nak cerita pasal diri sendiri, so well last post aku menceritakan pasal diri aku ialah pada 2011..Masa zaman aku active berblog.. So now,give me your minutes to read all about me !! :D Haha ! dah lama dah elida tak gedik-gedik kat blog,nak jadi girly jap.. So,this is me,bak kata budak-budak zaman sekarang, I AM VICTIM SPM ? SPM VICTIM ? Tah kebende tah ayat budak-budak zaman sekarang,aku ni bukan ikot sangat pun,aku ikot otak sendiri je yang tak berapa nak betul ni.Tulah orang kawan dengan aku semua jadi pelik.HAHA!! meh elida letak gambar sikit, nak show



HAHA! gedik tak gambar ni?? Masa ni jadi girl sikit,yelah masa tu tengah syahdu bercinta.Aku pun tak ingat dah gambar ni zaman bile, mungkin dalam lingkungan 2009,2010 gitu...Masa ni tak mature lagi,still tak tahu ape-ape pasal life, Follow je ape orang kata, Orang nak tu bagi, orang nak ni bagi,bedall je time tu,Konon lah sangat,boring bile ingat kisah lama yang tak free time tu,terikat dengan banyak perkara yang bile diingat balik, "hey,macam mana aku boleh ada dalam keadaan tu masa dulu ?!"

So,ape lagi ek , hmph, seriously aku rasa aku dah berubah dah , :D Alhamdulillah , usaha aku dah berjaya, walaupun saki baki masih ada lagi, dalam 40% lagi... In syaa Allah mungkin boleh diubah lagi, tapi mungkin makan masa yang agak lama..Tapi bak kata pepatah melayu , Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, so , apa yang kita perlukan, ape lagi ! CHANGE !! 



So... About me in 2013, yes, Sedang bersekolah untuk tahun terakhir di SM Teknik Kuantan sebagai SENIOR yang pendek dan tak ramah terhadap Junior, Biasalah majority yang rapat dengan Junior hanyalah budak-budak yang hot kat sekolah iaitu MPA,Pengawas,wakil sekolah,abang-abang bola,rugby,kakak-kakak hoki,bola jaring dan top student.Aku ni,dah lah tak selalu munculkan diri , hanya duduk dalam kelas dan makan sepuas-puasnya.Memang taklah budak junior kenal aku,tah-tah mungkin dieorang ingat aku ni sombong. Hmph, tah , haha, aku malas lah nak ambil berat sangat hal-hal macam ni.kalau you'll nak kenal dengan i,no hal, tegur je.Mak okay je.. Dan lupa nak cakap , I kelas 5 Awam 1.. Mengambil jurusan Kejuruteraan Awam ,10 Subject. Duduk kat belakaaannnggg sekali dalam kelas, you know , duduk belakang ni kadang-kadang rasa awsome gak,belajar relax je tapi problemnye kene fokus dengan lebih mendalam lah kalau tetibe cikgu tu cakap slow pulak kan.. Selalunya cikgu akan lebih care dengan budak duduk belakang, "haaa,yang kat belakang tu,jawab soalan kat depan" yang duduk kat depan tidur keluar air basi pun takpe. Haha..

Pasal apa lagi nak share erk ? Ermm.. aku nidah takde ayat nak share dah, nantilah ade masa aku update lagi pasal diri aku eah. Bahaha. Tata :*



Labels:


Assalamualaikum,
THANKS Coming :D
Photobucket











Le Facebook