Photobucket
Photobucket
Photobucket



Natalie Imbruglia - Torn Mp3

Friday, November 30, 2012
28.November.2012




Assalamualaikum.... Yea today , i want to write about my date in his birthday. Actually, ia dah dirancang sangat lama. Dan betulah kata orang tua , jangan nak merancang sangat nanti apa yang dirancang tu tak menjadi. Well , aku dah ajak member-member aku seperti dayah, ain, aiman dan kekasihnya dan juga syihan yang semua nya menolak pelawaan aku di malam birthday shauqi. Apakah keralatan yang aku alami semasa itu. Aku tak mahu keluar berdua dengannya pada awalnya. Kerana aku takut aku kekok , aku tak melayannya dengan baik , dan aku takut kalau orang ketiga mampu merosakkan hubungan kami. Jadi mula-mula dalam hati aku berhasarat untuk membatalkan semua yang aku rancangkan.Tetapi memandangkan shauqi dan turun ke Kuantan dan stay sini untuk beberapa hari , jadi aku pun keluar dengannya juga...

Pukul 2 petang 28.11.2012


Shauqi masih lagi di Pekan , dan kami berdua masih lagi berchatting, dan mak aku dah bising bila dan pukul berapa nak keluar. Dan pukul 3 petang kami berjumpa di Bank Malay Town selepas aku membeli buku folio di kedai biasa aku kunjungi. Dan tahu kah anda , masa Shauqi bersandar di sebuah tiang bangunan , ia seperti Jack menunggu Rose di Jam. So sweet
Dia mengenakan baju kotak yang agak menarik minat aku. Well pada mulanya aku memikirkan dia lelaki yang memakai baju kotak seperti ......... set-set busten yang sakai datang kebandar mengenakan baju kotak dengan warna yang tak sesuai. Tapi alangkah terkejutnya , dress up nya boleh tahan dan die kelihatan baru habis Tusyen. Dan ayat pertama yang dia keluarkan , "assalamualaikum" *sambil memusingkan badan memandang ke arah aku. Ahhhh , tahu tak ia macam filem. XD

Masuk ke Mall

 Shauqi terus nak solat zohor.Jadi aku pun ke Sasa dulu beli barang dan kemudian hantarnya solat dan beli hadiah untuk Aisyah.Kemudian jumpanya , dan terus makan di Black Canyon fuuuhhh.... Dah lah time tu sengugut sabar je lah time tu. Aku pun kejadah ape ajak dia makan kat tempat tu , sepatutnya makan mamak je... Kesian die habis duit. Sangat boros. Makan , duduk kat situ nak dekat dua jam. Lepas tu tahu tak lepas makan aku mengantuk ! ahha , boleh pulok mengeliat. Dan tetibe nampak Cikgu Masitah masuk ke dalam perkarangan restoran tu bersama anak terunanya. Aku harap dia tak nampak aku , Kau bayang kan , aku dalam kelas dah lah suke memuta tak tentu pasal , alih-alih jumpa aku kat bandar bersama shauqi dan duduk bersebelahan di restoran . Puihhh , malu aku. Dan aku makan bersama Shauqi seperti tak tahu malu, makan dengan gelojoh , tak sopan , makan macam nak mampos.Lepas makan , nak dekat pukul 5 petang kami naik ke atas balik dan Shauqi pergi solat asar. Dan aku pergi beli air , dan terjumpa pulak dengan Nil huhu dan Rukaini. Lepas tu aku dan dia duduk di kerusi kejap , kerana aku menahan sengugut dan tetibe Nil huhu datang tercegat ke arah aku melihat aku berdua dengan Shauqi dan dia hanya senyum . HAHA. aku cuma balas "apeeeee?" Dan sambil-sambil tu berborak dengan shauqi. Lepas sengugut ku agak kurang jadi aku pun pegi tengok Tiket wayang. Jadi kami pilih twilight. Masa ada lagi dalam 20 Minit , aku heret dia pergi ke Roft-top dan melihat pemandangan Kuantan. Jadi kami hanya bersosial macam tu je. Hanya duduk diam berdua menikmati alam. Kemudian Ouhhh !! 6.10 petang dah ! terus bergegas ke Wayang dan masa masuk tu tersangat lah gelap. Jadi belum apa-apa cerita tu dah Kissing-kissing , bapak malu aku duduk sebelah die, sampai pertengahan cerita , terasa sejuk , jadi aku bawak keluar sweater aku. Lepas habis movie lebih kurang dalam pukul 8.10 malam. jadi die terus pergi Solat Mahgrib dan aku ke toilet. Lepas tu aku hanya menunggu kakak aku datang ke mari , puas aku call die tapi talk angkat. Last sekali mak aku cakap yang dia tak bawak henset. Dan dia tengok wayang di teruntum dengan Bf nye bersama Adik aku. Puuuuuuuuu... Masa tu aku dah cuak dah tak tahu nak balik dengan sapa memandangkan hari dah larut malam. 

Night with love  

Lepas tu aku rasa agak terduduk jadi masa tu aku di Perkarangan luar Parkson dan aku duduk di tembok berdua dengan die , Masa tu aku terasa aku duduk di Tengah Kuala Lumpur seperti di Masjid India. What a imagination ? HAHA . kereta lalu lalang , asap tebal. Bla blah , naik atas pergi kat MBS , dan shauqi nak beli folio. lepas tu main tembak-tembak. Haha , lepas tu kami duduk di roft top bersama dari pukul 9 lebih sampaiiii lah 11 lebih 



Yadayadayada. Kami duduk berjauhan ye , bukan macam dalam gambar ni , ni gimik je. 1 gambar pun kami tak snap. Apakan daya... hanya memori sahaja yang ada. Duduk di roft-top , bertenggek di tembok dan mendengar orang bersorak menonoton bola dan kami hanya berborak-borak terutama pasal Histeria. Apalah topik bile ingat balik XD

Lepas tu lama lah jugak duduk , pemandangan pada waktu malam sangat mengagumkan. Aku pun tak pernah lagi tengok.. Lama kami berenggek lepas tu kami pergi ke kedai kejap. Dan naik balik, Jam menunjukkan sudah hampir tengah malam , sedangkan kami berdua masih lagi bersama di atas hanya melakukan perkara sampah , berborak tak tentu hala , berimaginasi dan hanya termenung berdua. Lepas tu mak shauqi call phone aku , tanya bile nak balik , jadi kami berkelentong itu kelentong ini dan akhirnya aku balik dengan ibu dia. Tahu tak betapa nervous nya aku nak jumpa ibu dia. Dan aku sempat menjerit melepas kan geram.

Run to get le car 

Lepas tu kami naik lift dan turun , mencari dimana kah pintu depan Mall. kemudian aku buntu jadi kami duduk di tangga Parkson , aku mengajak nya untuk exchange sweater dan kami melakukannya.
Jadi kami berlari bila nampak kereta mak shauqi dan seperti babak titanic di mana Jack Dan rose melarikan diri daripada kuncu-kuncu tunangnya dan berlari ke tempat orang membakar arang. Ketika itu background music itu yang bermain di minda aku.



 Haha. Masuk ke kereta , nasib baik ibu die bawak member , takde lah aku takut sangat , jadi nampaknya , aku dan Shauqi duduk berdua di belakang , okay , malu sangat sebenarnya tapi bahagia, hehew. Di dalam kereta , aku meniulis di pehanya apa yang terjadi harin itu.. Sangat indah dan juga bersejarah serta kucar kacir.... Tibe-tibe kereta ibu die rosak. jadi 2 kali kami berhenti dan mak die memasuk kan air di sebuah tangki yang aku tak tahu apekah tangkinya. Haha. jadi aku hanya memerhati apa yang ibu shauqi buat. Aku tak tahu apa yang aku fikir , tapi aku terasa aku macam sekeluarga dengannya pada waktu itu. Seperti akrab sangat , dan ia lahir di hati aku , dan aku terasa tak kekok dengan ibunya, apa kah arti semua ini? Jadi masa ibu shauqi dan mama tersebut pergi mengambil sumber air , meninggalkan aku berdua dengan dia... BAIKLAH KAMI BERDUA DI KERETA DI TENGAH MALAM .... -_-
ye baiklah aku mengaku , aku terasa seperti suami isteri , nasib baik kami masih lagi mengawal batas, Dan masa ibu shauqi memasukkan air di situ , ada sebuah motor lalu sambil menyanyi lagu  , wooooopppp ! woooooppp woooppp , wooopp!! lagu man laksa , yang sebuah band nanyi dan ulang dan ulang. Hahaha kelakar giler lah aku rasa malam tu. XD



Lepas tu dalam kereta ada lagu hits , bukan main rock , macam alia , lagu-lagu yang hangat di pasaran , aku dan shauqi menyanyi-nyanyi macam orang gila , tak kurang juga mak nya , aku terasa sangat bahagia pada waktu itu..

Ehem , aku memandangnya ketika dia memandang lain , dan aku rasa mahu mengalirkan air mata , 'dia kah yang bakal menanggung semua dosa aku ?dia kah yang akan memimpin aku ??' semua tu bermain di dalam minda aku, dan kemudian dia terperasan , dia cakap 'kenapa pandang saya macam tu ?' Hahaha ... Aku cuma terharu , :')

Sampai di rumah , tepat jam 12 tengah malam. Ibunya menghantar betul-betul di depan rumah aku. Jadi aku terasa berat hati mahu meninggalkan saat saat indah itu ... Saat itu ......... tanpa sebarang gambar... Hanya memori sahaja. Ia seperti Jack Dan Rose , hanya lukisan dan memori sahaja . :') Ape hal aku ni dari awal sampai akhir aku asyik titanic jeee.. Hahaha.... Aku berharap dia untuk ku selama-lamanya hingga keanak cucu , In shaa Allah . :')

Aku harap Shauqi aku melukis gambar ketika kami berdate haritu.

Assalamualaikum,
THANKS Coming :D
Photobucket











Le Facebook