Photobucket
Photobucket
Photobucket



Natalie Imbruglia - Torn Mp3

Monday, November 19, 2012
Gaza

Assalamualaikum semua . Kalut semuanya sekarang pasal Gaza.. Kesiannye dieorang. Benda ni start berlaku secara dasyat time Tahun baru islam haritu.. (Awal Muharam) Actually,aku tak tahu apa-apa pasal gaza, mula-mula kecoh gila kat Twitter , lepas tu status kat Facbook pulak. Aku ni tak guna sikit . Bukan sikit , BANYAK ! aku mana tengok berita !!! Arhh , aku rasa ketinggalan sangat, sorang hamba Allah ni , merangkap kawan aku siap menangis lagi mengenang nasib mereka kat sana . Aku tak dapat feel pun, tapi masa ceramah HALUAN kat surau sekolah tu , memang terasa lah nak nagis bila die show kekejaman Zionis kat sana. Ni , aku nak share sikit doa :


Ha , bagus doa ni , Insyaallah , kita baca ni Allah tolong kita , sedikit sebanyak dapat pahala kita kerana masih mengingati sedara mara kita kat sana.. Untung mereka dapat mati syahid . Aku kat Malaysia ni , memang lah nak mati macam tu , Tapi mampu ke ? iman pun tak cukup , tah tah lari masa medan perang .. Iman tak cukup teguh seperti mereka , meraka sangat kental .

Dalam masa yang sama juga , ingin dinyatakan di sini kepada semua pemilik Facebook dan Twitter , berhenti-berhenti lah memaki hamun Zionis di Gaza , Ye, mereka kejam . Tapi Islam tak suruh kita tunjuk rasa marah kita dengan mengherdik orang, Islam menyuruh kita bersabar dan seelok-elok nya berdoa kepada Allah agar mereka menerima balasan setimpal . Tak perlu lah update status nak marah dan maki-maki hamun terus sedangkan secara nyata nya , NO WORK DONE ! tak buat ape pun.. Status , tweets je lebih , haram jadah ape pun tak dapat .

Ingat ye semua , setiap perbuatan kita di laman sosial ni diperhatikan dan dilihat ramai . Elok-elok orang pandang mulia kepada sikap kita tibe-tibe nampak kita maki hamun sebab nak tunjuk perasaan marah tu , terus jadi teruk , tercalar imej sendiri. Macam mana kalau Non-muslim tengok ? Macam ni ke islam menghadapi masalah macam ni ?

Dan satu lagi , tak perlulah kita nak show sangat .. Kan lebih elok berunsur nasihat dan sebaik-baiknya untuk orang yang macam kita ni , lebih elok duduk kat tikar sejadah tu, tadah tangan berdoa kepada Allah supaya Allah membantu sedara mara kita kat sana ... Kan lebih banyak manfaat nya.. Di samping mendidik kita jadi bertambah bersabar .. Kan :)

Allah huakbar !!


Aku tahu , aku ni cetek dalam mende-mende macam ni , tapi at lease kita boleh berubah sedikit sebanyak perangai kite yang tak semengah tu .

Assalamualaikum,
THANKS Coming :D
Photobucket











Le Facebook