Photobucket
Photobucket
Photobucket



Natalie Imbruglia - Torn Mp3

Tuesday, November 13, 2012
Assalamualikum

Dah lama aku pendam perkara ini , Aku tak mahu cakap dengannya tentang ini secara terang terangan. Kelu rasa hati aku ingin meluahkan . Aku tidak pandai menyusun ayat dan memberikan kata manis. Biarlah dia mentafsirkan sendiri apa yang telah lama aku pendam dan aku biarkan ia jadi tergantung bergini.

Aku tak pasti mengapa soalan ini asyik bermain di pemikiran aku :

itu lah yang bermain.. Ini berkaitan dengan aku dan dia. Banyak yang aku cari tentang ini semua .

yes , memang kami dah meluahkan untuk bernikah . Tapi faktor umur , pelajaran , keluarga dan kewangan yang tak berapa nak mengizinkan . 
Aku keliru sangat . Mana yang harus aku ikut , perasaan kasih sayang atau kata-kata dorongan UAI. Dia bukannya malaikat , bukan nya tak pernah buat dosa. Tapi dalam dunia maju sekarang , dia je yang dapat memimpin kita ke arah Islam dengan lebih baik. 

Apa beza bercinta dan couple (pasangan) ?
Takde beza ke ada ? Mungkin ada bezanya. Walaupun dia dah kata dia nak kawin dengan kita , dan kita juga sama sepertinya , ia sudah bererti kita bertunang dengannya. 
Tapi , 
TUNANG BUKANLAH TIKET UNTUK KITA BERLAGAK SEPERTI KITA HAKKNYA YANG SAH !
 itu lah konsep yang salah yang telah dipegang oleh kebanyakan muslim termasuk diri aku sendiri. Banyak aku cari benda benda macam ni. 
Aku jadi keliru dengan diri aku sendiri , mana hala tuju aku . Aku pernah meninggalkan dia untuk beberapa hari kerana memikirkan hal seperti ini , Hal kejalan Allah , tapi apa guna , bila aku dah tunai kan , siang malam menangis dan dia juga kemurungan ? Oh ya Allah , inikah dugaan yang Kau berikan untuk orang yang punyai perasaan ini . Mengapa kau wujudkan perasaan ini jika kita tidak bisa menolakknya ?
Dulu , lama aku tinggalkan perasaan kasih sayang ini , dan ternyata aku lebih liar dengan lebih banyak lelaki dan juga hanyut didunia yang maya ini. Dia banyak merubah hidup aku ke arah positif. Mungkin aku beranggapan , aku harus mengelakkan banyak perkara , mungkin aku harus menjauhkkan diri dengan nya , tidak seakrab dulu . Tapi aku takut dia pergi meninggalkan aku , Oh Ya Allah ..




Ya , mungkin jalan aku untuk menjadi Outsider adalah jalan yang terbaik. Mungkin Dia tak perlu telefon bimbit . Kalau ada pun , tak payah nak top up  sangat . Ada hikmah Ya Allah kau tenggelamkan Handphone dia sebelum bersama aku . Ada , aku nampak sekarang Ya Allah .


Aku bersyukur kau masih melindungi diriku . Tapi sekarang , Aku , Aku sebagai orang utama yang harus memainkan peranan untuk mengawal diriku sendiri. Semakin membesar , aku semakin dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk . Aku sayang kan dia Ya Allah , kau jauhilah zina antara kami berdua , jauhkan lah sifat-sifat keji diantara kami . Aku akan cuba elak dan elak perkara-perkara yang menimbulkan keghairahan antara kami . Dan sebenarnya sekrang , aku risau sangat , aku terasa seperti kosong bila bersama nya. Seperti tiada apa-apa rasa . Aku berharap perasaan ini tidak kekal . Aku mahu dia yang terakhir. Ya Allah , kau lindungi lah pemikiran Shauqi dari memikirkan perkara-perkara yang keji dan kearah negatif. Kata orang , tak salah kalau nak borak-borak sekali sekala tentang perkara itu .. Tapi hukum Allah , jika kita tahu , tapi kita masih melakukan nya , ia dosa. 

Aku berserah kepada Mu ya Allah . untuk menilai diriku dan dirinya . Moga-moga hubungan aku tidak dikotori Segala jenis Zina. 




Assalamualaikum,
THANKS Coming :D
Photobucket











Le Facebook